Wednesday, 8 October 2014

Petua Meredakan Demam Si Kecil



Meredakan demam si kecil
Perubahan keadaan cuaca, keadaan sekeliling dan jangkitan kuman antara faktor yang menyebabkan si kecil mudah demam. Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Suhu badan orang yang demam adalah biasanya 38 darjah selsius ke atas. Kita yang dewasa pun selalu demam dan jatuh sakit jika terdapat faktor-faktor seperti disebutkan tadi.



Si kecil biasanya akan kerap merengek dan tidak dapat tidur kerana tidak selesa apabila suhu badan meningkat dan panas. Mereka juga kelihatan tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Risau dengan keadaan anak dan kesian dengan pengasuh yang terpaksa menjaga anak kita yang kurang sihat. Memang gundah gulana la hati ibu bapa bila keadaan ini berlaku.


Terdapat beberapa tips atau petua yang boleh ibu-ibu gunakan untuk meredakan demam si kecil. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa petua tradisional untuk menurunkan suhu badan yang panas.

1.   Daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.

2.   Air kelapa muda
Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.

3.   Bawang merah
Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.

4.   Asam jawa
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.

5.   Daun sirih dan buah pinang
Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

6.   Ubi kayu
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.

Selain dari tips untuk menurunkan suhu badan, pengambilan suplemen untuk mengatasi masalah anak kerap demam juga boleh diamalkan. Antara suplemen yang dicadangkan adalah Meal Shake dan Nutriferon Shaklee. 

Meal Shake adalah makanan tambahan yang memang disarankan kepada kanak-kanak kerana ia menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Sesuai untuk kanak-kanak yang kerap demam, sembelit dan kurang selera makan. Merupakan snek terbaik untuk anak-anak.

Nutriferon merupakan suplemen yang dicipta untuk menguatkan sistem imun badan dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan. Nutriferon membantu melindungi tubuh daripada jangkitan virus, mikrob termasuk flu dan influenza serta mempertingkatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko dijangkiti kuman dan demam.

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan ingin menjadi ahli shaklee, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan konsultasi percuma untuk setiap pembelian.. 
Berusaha dengan Shaklee, ketentuan dari Allah jua...

No comments:

Post a Comment