Tanggal 22 Oktober yang lepas, bersempena dengan cuti Deepavali, saya telah berpeluang menghadiri MASTER TOUR TERENGGANU 2014 yang telah di adakan di Prinz Park Hotel, Kuala Terengganu...kebetulan memang saya balik kampung (cuti sekolah), so berpeluang la saya join program ni....
Master Tour Terengganu ini telah diadakan khas untuk SID yang berada di Pantai Timur, terutamanya SID yang berada di Terengganu. Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan sedia ada kepada SID, tidak kira yang lama atau baru. SID juga dapat menambah ilmu tentang peluang menjana pendapatan melalui bisnes Shaklee serta dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi diri dalam menjalankan bisnes Shaklee.
Program yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang telah dikendalikan oleh saudara Azmi Wahab, BDM Shaklee Pantai Timur dan empat orang master hebat dari Terengganu iaitu Master Nor Farizan, Master Noraini, Master Nur Zahirah dan Master Wan Muliani. Selain itu, perkongsian daripada seorang doktor jemputan iaitu Dr. Nadiah Abd Kadir turut memantapkan lagi program ini.
![]() | |||||
Poster Master Tour Terengganu 2014 |
![]() |
Saudara Azmi Wahab, BDM Shaklee Pantai Timur |
Program pada hari ini sungguh memberi 1001 ilmu yang tak ternilai. Perkongsian dimulai dengan Dr Nadiah, bertajuk 'Keperluan Suplemen Dalam Dunia Moden'. Dr Nadiah mengupas tentang pandangan seorang dokor berkaitan dengan suplemen dan perubatan. Kupasan yang sangat menarik dan jawapan yang sangat membantu telah diberikan oleh beliau sepanjang sesi soal jawab.
![]() |
Slot Dr Nadiah Abd Kadir |
Perkongsian kedua pula adalah daripada Master Noraini Ahmad....Ni adalah 1st time saya jumpa dengan master yang merupakan seorang guru pendidikan khas ini...Beliau berkongsi tentang bagaimana, seorang SID biasa, boleh naik pangkat atau rank di dalam bisnes Shaklee,sehingga boleh mencapai ranking Master Coordinator...perkongsian yang sangat menarik apabila setiap hadirin diminta untuk memperbetulkan niat dan tujuan terlibat dengan bisnes shaklee, iaitu bukan hanya semata-mata kerana duit....
![]() |
Perkongsian daripada Master Noraini Ahmad |
Perkongsian seterusnya adalah daripada Master Favourite saya iaitu Master Wan Muliani...beliau memberi kami inspirasi dan motivasi, macam mana kami berhadapan dengan cabaran dan dugaan di dalam bisnes Shaklee....perkongsian dimulai dengan lagu 'Warisan' dendangan Allahyarham Sudirman, perkongsian dan di akhiri dengan lagu 'Hampir Ke Situ' dendangan Mendua....Perkongsian yang sangat menyentuh hati dan menaikkan semangat kami, untuk teruskan perjuangan di dalam bisnes yang kami pilih dan kami cintai ini.
![]() |
Perkongsian Daripada Master Wan Muliani |
Perkongsian daripada Master Nor Farizan, menambahkan lagi ilmu para SID dan leaders2 yang hadir, bagaimana menjalankan bisnes dengan media sosial...perkongsian yang sangat membantu terutama kepada SID seperti saya, dalam memantapkan lagi skil dan teknik berniaga dengan lebih bijak.
![]() |
Perkongsian daripada Master Nor Farizan |
Perkongsian terakhir daripada bekas eksekutif Petronas, iaitu Master Nur Zahirah..kecil molek orangnya, namun suara yang lantang dan jelas, menyebabkan saya tidak hilang fokus dan terus mendengar walaupun masa da menghampiri 1 tengahari. Beliau berkongsi tentang impian dan matlamat kami di dalam bisnes shaklee...perkongsian yang sangat menarik dan menaikkan semangat kamiuntuk lebih fokus kepada impian dan matlamat kami sehingga berjaya....
![]() |
Slot Master Nur Zahirah |
Sama seperti program yang telah saya hadiri sebelum ini, saya hadir bersama rakan baik saya semasa sekolah, tp terputus hubungan selepas habis sekolah. Bisnes Shaklee menemukan kembali kami, walaupun kami tidak di bawah upline yang sama, tetapi masih di bawah susur galur yang sama. Shaklee bukan sekadar bisnes, tetapi mampu menjadikan ukhuwah yang terputus bertaut kembali...alhamdulillah.....
![]() | |
saya dan sahabat saya |
=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=
Sangat seronok dan bersemangat sepanjang program Master Tour berlangsung....ini adalah salah satu faktor kenapa saya sangat-sangat suka dan teruja menjadi sebahagian daripada keluarga shaklee....Anda semua tidak akan berseorang dalam perjalanan mendaki tangga-tangga kejayaan bersama Shaklee...sentiasa ada mentor2 hebat danrakan seperjuangan bersama anda....program-program seumpama ini akan sentiasa ada, mengisi kekurangan dan keperluan anda sebagai SID...memang x rugi dan sangat2 berbaloi menjadi SID Shaklee...
Saya sudah SHAKLEE, anda BAGAIMANA?????
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan ingin menjadi ahli shaklee, sila hubungi saya:
FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub
No comments:
Post a Comment