Sedihkan bila baca artikel kat atas... Sepatutnya ibu-ibu menyusu bayi mereka secara ekslusif iaitu hanya hanya memberikan susu ibu kepada bayi, dalam tempoh enam bulan tanpa sokongan makanan atau minuman lain termasuklah air masak.... Manakala makanan tambahan hanya diberikan kepada bayi selepas berusia enam bulan ke atas....dan seeloknya, ibu-ibu terus menyusu bayi mereka sehinggalah bayi berusia 2 tahun.
![]() |
Penyusuan ekslusif |
Penyusuan bayi secara ekslusif sebenarnya merupakan satu langkah yang penting ke arah tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat kerana susu ibu mengandungi nutrien yang paling lengkap dan optimum serta baik untuk sistem imun bayi. Jadi, memang rugilah kalau ibu-ibu tidak menjalankan penyusuan ekslusif terhadap bayi-bayi mereka....
Terdapat beberapa faktor penyebab ibu-ibu tidak menyusukan bayi-bayi mereka. Antara faktor ibu-ibu gagal menyusu secara ekslusif adalah kerana :
# susu ibu kurang atau tiada
# bayi menangis kerana tidak cukup susu
# bayi tidak pandai menghisap
Antara cara untuk menambah susu ibu adalah melalui pemakanan. So,di sini saya ingin kongsikan beberapa jenis makanan yang mampu menggalakan pengeluaran susu ibu.
1. Lobak putih
Lobak putih sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
2. Buah longan kering
Buah longan kering boleh direbus bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
3. Kurma
Kurma merupakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat. Antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.
4. Pucuk betik/Betik muda
Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
5. Halba/Fenugreek
Halba boleh direndam dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
6. Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
Habbatus sauda merupakan salah satu makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah. Ia amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Ia juga boleh didapati dalam bentuk kapsul.
7. Moringa/murunggai/pokok kelor
Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.
8. Jantung pisang
Jantung pisang boleh dicelur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.
9. Daun cekur manis/pucuk manis
Daun cekur manis atau pucuk manis boleh dimasak gulai lemak seperti ulam jantung pisang.
10. Kacang soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Itu lah dia 10 jenis makanan tambahan yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan ekslusif. Dengan mengamalkan makanan-makanan tambahan tersebut, insyaAllah dapat membantu ibu-ibu menambahkan penghasilan susu badan.
Selain dari mengamalkan makanan tambahan di atas, ibu-ibu juga boleh mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Set ini juga dikenali sebagai SET 3M Shaklee.
![]() |
Set Ibu Menyusu (3M) |
Antara nya ialah:
(i) Vita-lea
multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral harian tubuh.
(ii) Vitamin C
membantu dalam penghasilan kolagen, antioksidan semulajadi, menggalakan kesihatan gusi, gigi, tulang, otot dan salur darah serta menolong mengurangkan alergi.
(iii) B-Complex
membantu mnegurangkan stress, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga dan mengandungi asid folik yang penting dalam penyusuan ibu.
(iv) Alfalfa
digunakan zaman-berzaman sebagai penggalak susu ibu di negara Barat.
(v) ESP
membantu menambah kuantiti serta kualaiti susu ibu yang dihasilkan di samping dapat memberi tenaga kepada ibu menyusu.
(vi) Ostematrix
membantu menguatkan gigi dan tulang serta membekalkan kalsium yang cukup untuk ibu dan bayi.
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan ingin join shaklee, sila hubungi saya:
FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub
Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..
No comments:
Post a Comment