Tuesday, 28 October 2014

Apa Itu Glutathione?

Assalamualaikum dan salam kasih sayang....

GLUTATHIONE

Glutathione (GSH)

Anda pernah dengar tak perkataan glutathione? Atau tahu tak apa glutathione tu?Sejujurnya, saya pernah dengar tapi tak pernah nak ambil tahu apakah gluthathione tu...heheheh..sehinggalah, ada seseorang mencadangkan saya amalkan pengambilan glutathione untuk meningkatkan sistem imun tubuh untuk kesihatan kulit dan bebas dari ekzema...

Apa itu Gluthathione?

Untuk mengetahui apa itu Glutathione, boleh rujuk sini

Nak dipendekkan cerita, Glutathione merupakan sejenis antioksidan yang dihasilkan oleh badan melalui hati. Ia merupakan gabungan tripeptida yang luar biasa antara Cysteine yang terdiri daripada Kumpulan Amine dan Kumpulan Carboxyl. Ia merupakan antioksidan yang kuat, berada di dalam badan dan amat diperlukan untuk aktiviti antioksidan serta melindungi molekul di dalam badan. Kekuatannya yang jitu menjadikan ia digelar Antioksidan Induk atau Master of Antioxidant kerana ia merupakan satu-satunya antioksidan terkuat yang dihasilkan oleh badan. Ia juga ada di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga daging. 


Glutathione terlibat dalam banyak proses dalam badan, termasuk membina tisu dan pembaikan, membuat bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan dan juga untuk sistem imun.

Bagaimana Glutathione  bertindak?

Ia dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan berfungsi secara optimum dan memelihara protein sel badan. Ia berlaku secara semulajadi dan perlu dilihat sebagai satu keperluan untuk menyelengara tubuh badan yang kadangkala kita tidak pedulikan pemeliharaannya sehinggalah sesuatu penyakit dapat dikesan.

Walaubagaimana pun, glutathione akan berkurang sekiranya seseorang mengidapi penyakit tua seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser. Ini adalah kerana, sejajar dengan peningkatan usia, keupayaan untuk menghasilkan glutathione juga berkurang. Di samping itu, kekurangan glutathione juga berkait rapat dengan alergi, atritis dan penyakit koronari.

Apa kepentingan Glutathione?


1. Agen pemutihan kulit 
glutathione berperanan untuk menukarkan eumelanine atau pigmentasi gelap kepada phaeomelanin atau pigment yang lebih cerah. Eumelanin yang menyebabkan kulit gelap terjadi secara semulajadi, glutathione yang berkualiti pula berperanan menukarkannya kepada phaeomelanin yang membuatkan kulit lebih cerah hari demi hari.

2. Agen Anti-Penuaan
Diperlukan dalam pemecahan lemak oxidized dan dalam metabolism karbohidrat. Jika glutathione dalam badan tidak mencukupi keperluan, sel akan cepat mati dan membuatkan sesetengah orang kelihatan lebih tua dari usia dan terdedah kepada toksin yang boleh menyebabkan kanser.


3. Agen Penyahtoksin/Anti-Oksidan
Glutathione berperanan sebagai anti-toksin yang menghalang radikal bebas didalam tubuh. Glutathione bertugas untuk memproses toksin di dalam badan agar dapat dikumuhkan dengan mudah dari badan.


Bagaimana mahu meningkatkan paras Glutathione?
 
Bila kita tengok, penting sebenarnya Glutathion ni kan? So, macam mana kita nak tingkatkan dan kekalkan Glutathione dalam badan kita? Perlu ke kita ambil pil Glutathione?Menurut sumber immunehealthscience.com, kita boleh tingkatkan Glutathione dengan beberapa cara termasuklah dengan pengambilan vitamin iaitu:

1. Vitamin C
Memang terbukti, pengambilan  500mg vitamin C selama 2 minggu membantu meningkatkan paras glutathione dalam darah sebanyak 50%. hal ini kerana Vitamin C membantu sel badan menghasilakn glutathione sendiri. 


2. B-Complex
B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuk 100% biotin dan asid folik. Fungsi setiap vitamin tersebut adalah seperyi berikut.
B1& B2- mengekalkan glutathione & enzim supaya sihat
B6- gabungan amino acid.
B9 (folate) – glutathione booster


3. Selenium
Selenium terdapat di dalam Vitamin E Complex, yang mana membantu penyerapan Vitamin E.


4. Magnesium
Magnesium terdapat di dalam Ostematrix Shaklee dan diperlukan pada kadar 490 -700mg sehari untuk sintesis glutathione.


5. Zinc
Zinc juga membantu mempengararuhi kandungan glutathione di dalam darah. Jika rendah zinc dalam darah menyebabkan kandungan glutatione yang rendah.


Semua Vitamin yang disebutkan itu terdapat di dalam suplemen Shaklee...Jadi, saya cadangkan anda mengambil:
  • Vita-Lea (sebiji)
  • Vitamin E Complex with selenium (sebiji)
  • Sustained Release Vitamin C 500mg (sebiji) atau Chewable Vitamin C (5 biji)
  • Ostematrix (2 biji)
 
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan ingin menjadi ahli shaklee, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan konsultasi percuma untuk setiap pembelian.. 
 
Berusaha dengan Shaklee, ketentuan dari Allah jua...insyaAllah

Saturday, 25 October 2014

Pengedar Shaklee Benta/Lipis: Master Tour Terengganu 2014

Assalamualaikum dan salam kasih sayang....

Tanggal 22 Oktober yang lepas, bersempena dengan cuti Deepavali, saya telah berpeluang menghadiri MASTER TOUR TERENGGANU 2014 yang telah di adakan di Prinz Park Hotel, Kuala Terengganu...kebetulan memang saya balik kampung (cuti sekolah), so berpeluang la saya join program ni....

Master Tour Terengganu ini telah diadakan khas untuk SID yang berada di Pantai Timur, terutamanya SID yang berada di Terengganu. Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan sedia ada kepada SID, tidak kira yang lama atau baru. SID juga dapat menambah ilmu tentang peluang menjana pendapatan melalui bisnes Shaklee serta dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi diri dalam menjalankan bisnes Shaklee.

Program yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang telah dikendalikan oleh saudara Azmi Wahab, BDM Shaklee Pantai Timur dan empat orang master hebat dari Terengganu iaitu Master Nor Farizan, Master Noraini, Master Nur Zahirah dan Master Wan Muliani. Selain itu, perkongsian daripada seorang doktor jemputan iaitu Dr. Nadiah Abd Kadir turut memantapkan lagi program ini.



Poster Master Tour Terengganu 2014







Saudara Azmi Wahab, BDM Shaklee Pantai Timur


Program pada hari ini sungguh memberi 1001 ilmu yang tak ternilai. Perkongsian dimulai dengan Dr Nadiah, bertajuk 'Keperluan Suplemen Dalam Dunia Moden'. Dr Nadiah mengupas tentang pandangan seorang dokor berkaitan dengan suplemen dan perubatan. Kupasan yang sangat menarik dan jawapan yang sangat membantu telah diberikan oleh beliau sepanjang sesi soal jawab.


Slot Dr Nadiah Abd Kadir

Perkongsian kedua pula adalah daripada Master Noraini Ahmad....Ni adalah 1st time saya jumpa dengan master yang merupakan seorang guru pendidikan khas ini...Beliau berkongsi tentang bagaimana, seorang SID biasa, boleh naik pangkat atau rank di dalam bisnes Shaklee,sehingga boleh mencapai ranking Master Coordinator...perkongsian yang sangat menarik apabila setiap hadirin diminta untuk memperbetulkan niat dan tujuan terlibat dengan bisnes shaklee, iaitu bukan hanya semata-mata kerana duit....

Perkongsian daripada Master Noraini Ahmad

Perkongsian seterusnya adalah daripada Master Favourite saya iaitu Master Wan Muliani...beliau memberi kami inspirasi dan motivasi, macam mana kami berhadapan dengan cabaran dan dugaan di dalam bisnes Shaklee....perkongsian dimulai dengan lagu 'Warisan' dendangan Allahyarham Sudirman, perkongsian dan di akhiri dengan lagu 'Hampir Ke Situ' dendangan Mendua....Perkongsian yang sangat menyentuh hati dan menaikkan semangat kami, untuk teruskan perjuangan di dalam bisnes yang kami pilih dan kami cintai ini.

Perkongsian Daripada Master Wan Muliani

Perkongsian daripada Master Nor Farizan, menambahkan lagi ilmu para SID dan leaders2 yang hadir, bagaimana menjalankan bisnes dengan media sosial...perkongsian yang sangat membantu terutama kepada SID seperti saya, dalam memantapkan lagi skil dan teknik berniaga dengan lebih bijak.

Perkongsian daripada Master Nor Farizan

Perkongsian terakhir daripada bekas eksekutif Petronas, iaitu Master Nur Zahirah..kecil molek orangnya, namun suara yang lantang dan jelas, menyebabkan saya tidak hilang fokus dan terus mendengar walaupun masa da menghampiri 1 tengahari. Beliau berkongsi tentang impian dan matlamat kami di dalam bisnes shaklee...perkongsian yang sangat menarik dan menaikkan semangat kamiuntuk lebih fokus kepada impian dan matlamat kami sehingga berjaya....


Slot Master Nur Zahirah

Sama seperti program yang telah saya hadiri sebelum ini, saya hadir bersama rakan baik saya semasa sekolah, tp terputus hubungan selepas habis sekolah. Bisnes Shaklee menemukan kembali kami, walaupun kami tidak di bawah upline yang sama, tetapi masih di bawah susur galur yang sama. Shaklee bukan sekadar bisnes, tetapi mampu menjadikan ukhuwah yang terputus bertaut kembali...alhamdulillah.....

saya dan sahabat saya
* maaf, kualiti gambar kurang bagus, sebab berada di bahagian belakang...hihihihi

=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=

Sangat seronok dan bersemangat sepanjang program Master Tour berlangsung....ini adalah salah satu faktor kenapa saya sangat-sangat suka dan teruja menjadi sebahagian daripada keluarga shaklee....Anda semua tidak akan berseorang dalam perjalanan mendaki tangga-tangga kejayaan bersama Shaklee...sentiasa ada mentor2 hebat danrakan seperjuangan bersama anda....program-program seumpama ini akan sentiasa ada, mengisi kekurangan dan keperluan anda sebagai SID...memang x rugi dan sangat2 berbaloi menjadi SID Shaklee...

Saya sudah SHAKLEE, anda BAGAIMANA?????

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan ingin menjadi ahli shaklee, sila hubungi saya:






FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Friday, 24 October 2014

Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam ukhuwah....

Seronok bila orang di sekeliling kita, disahkan hamil dan bakal menimang cahaya mata. Namun, ada sedikit kegusaran yang biasa dinyatakan oleh ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Antaranya ialah masalah perut buncit selepas bersalin. 

Masalah ini adalah masalah normal dalam kalangan para ibu. Banyak cara rawatan sama ada secara moden atau tradisional boleh dilakukan untuk mengempiskan perut yang buncit.

Di sini, ingin saya kongsikan beberapa tips atau petua tradisional yang boleh diamalkan oleh semua wanita dalam usaha untuk mengempiskan kembali perut yang buncit.
  1. Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.
  1. Campur sedikit beras dan kisar halus.  Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.
  1. Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.
  1. Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
  1. Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.
Selain petua di atas, anda jugak boleh mengatasi masalah perut buncit dengan:
  • menyusukan anak
  • berbengkung
  • bertungku/bertangas/bersauna
  • kawalan pemakanan
  • bersenam/aktiviti fizikal
  • betulkan postur tubuh
  • detoksifikasi
Jika anda ingin mencuba sesuatu yang lain daripada petua-petua di atas, saya syorkan anda mencuba suplemen shaklee. Namun, perlu diingat bahawa suplemen hanyalah membantu proses mengempiskan perut, bukan ubat yang dapat mengempiskan perut serta merta, tanpa perlu berbuat apa-apa. Antara suplemen yang dicadangkan ialah Lecithin, Herb-lax dan Alfalfa.
Bagaimana Suplemen Shaklee membantu?

Lecithin
  • Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah.
  • Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
  • Mengawal penggumpalan platlet darah.
  • Menggalakkan penyerapan vitamin A, D, E dan K.
  • Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
  • Untuk metablisma lemak.

Herba Lax

  • mercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama 
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
  • kempiskan perut
  • membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.

 Alfafa
  • Bertindak seperti kacip fatimah 
  • Milk Booster bagi ibu menyusu
  • Melegakan sakit sendi dan belakang. 
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi kelegaan semasa haid. 
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Bagus untuk elergi dan ekzema 
  • Merawat asma 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Melegakan sembelit 
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ 
  • Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami 
Semoga anda semua dapat kembali bentuk badan anda seperti sebelum bersalin dengan amalan petua, tips dan suplemen seperti di atas. Insyaallah.
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan ingin menjadi ahli shaklee, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan konsultasi percuma untuk setiap pembelian.. 
 
Berusaha dengan Shaklee, ketentuan dari Allah jua...InsyaAllah