Tuesday, 26 January 2016

PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR DAN CARA PERAWATANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah sentiasa. Aamiin.

Nephrotic Syndrome atau penapis buah pinggang bocor adalah suatu penyakit yang baru bagi saya. Fisrt time saya dengar pasal penyakit ini, melalui rakan-rakan shaklee jugak yang mana terdapat ramai penghidap penyakit tersebut. Jadi, mari kita tengok apa sebenarnya penyakit Nephrotic Syndrome ini.

Menurut Dr. Azwan di dalam blog nya iaitu http://drazwan.blogspot.my, Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan buah pinggang. Di dalam buang pinggang yang normal, glomeruli (sejenis penapis halus) di dalam buah pinggang, berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Penapis Buah Pinggang
Apabila glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor, ia akan menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Punca Kepada Nephrotic Syndrome

Penyebab kerosakan penapis buah pinggang atau glomeruli kepada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui. Namun, ianya mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan kencing manis. Nephrotic Syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Komplikasi yang mungkin akan berlaku kesan daripada penyakit ini adalah:

* Tumbesaran kanak-kanak akan terbantut dan menyebabkan mereka dimasukkan ke hospital sehingga sembuh
* Antibodi badan menjadi lemah dan menyebabkan pesakit mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
* Air yang terkumpul di tisu badan dan selaput paru-paru menyebabkan tempat pembiakan kuman yang boleh meningkatkan risiko jangkitan paru-paru
* Kegagalan buah pinggang peringkat akhir di mana buah pinggang tidak lagi berfungsi.
* Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran  dan boleh menyebabkan penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis),
* Kebergantunga kepada ubat seperti steroid yang perlu diambil, yang memberi banyak kesan sampingan.
* Hati akan menghasilkan banyak lemak di dalam darah.

Simptom Nephrotic Syndrome 

Simptom atau gejala yang biasa dikenalpasti bagi pesakit penapis buah pinggang bocor ini ialah:
  • Berasa lemah dan tidak bermaya
  • Kencing berbuih-buih
  • Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun daripada tidur
  • kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri
  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Cirit birit 
Air kencing berbuih-buih kerana terdapat protein

Rawatan jika mengalami simptom Nephrotic Syndrome

Berikut adalah antara kaedah rawatan yang perlu anda ambil:

1. Ubat steroid (prednisolone) diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian dos akan dikurangkan sedikit demi sedikit.
2. Ubat kencing atau diuretics akan diberikan jika muka dan badan mengalami bengkak air kerana ia boleh mengancam nyawa. Ubat diberi mengikut kes-kes dan berhati-hati.
3. Jika perlu, protein albumin akan dimasukkan ke dalam saluran darah untuk meningkatkan albumin dalam darah.
4. Antibiotik diberi jika terdapat jangkitan
5. Menjaga diet seharian iaitu mengawal pengambilan garam dan pengambilan air (bagi kes edema yang teruk) serta memastikan pengambilan kalori dan protein yang baik dalam diet seharian.

Pengambilan supplement

Salah satu cara yang boleh diambil bagi mencegah dan merawat penyakit ini ialah dengan mendapatkan nutrisi tambahan daripada pengambilan supplement. 

Di Shaklee, supplement yang dapat membantu mengatasi masalah penapis buah pinggang bocor ialah:

1. VIVIX 
# Membantu membaiki DNA tubuh yang rosak
# Memperbaiki tenaga sel untuk pertumbuhan sel yang baru
# Menguatkan sel tubuh

2. OMEGA GUARD
# Membantu mengurangkan keradangan
# Mencairkan darah untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah nephrotic syndrome 

Perkongsian seorang penghidap Nephrotic Syndrome



Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Shaklee serta ingin menjadi ahli shaklee, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Kuala Terengganu, Bukit Besi, Dungun

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan konsultasi percuma untuk setiap pembelian. Berusaha dengan Shaklee. Ketentuan daripada Allah jua. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment