Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmat Allah sentiasa. Aaaamiiiinnnn.
Stroke atau angin ahmar. Semua orang biasa dengar dua perkataan ni. Tahukah anda, stroke berada di ranking keEMPAT penyakit yang membawa kematian selepas sakit jantung dan kanser di Malaysia? Dianggarkan 40 000 orang diserang stroke setiap tahun. Kedengaran menakutkan, bukan?
Apa itu stroke?
![]() |
STROKE: bahagian otak yang rosak |
Kerosakan otak menjejaskan deria-deria, penglihatan pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah badan mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran juga ingatan berubah yang mana mungkin berlaku dengan senyap tetapi pantas.
Oleh kerana stroke boleh berlaku secara mendadak, pendekatan yang boleh diambil selain perawatan ialah pencegahan kepada stroke, terutama kepada mereka yang berisiko tinggi untuk terkena stroke.
Berikut merupakan 7 cara yang efektif untuk mencegah stroke yang boleh dilakukan.
1. Menurunkan tekanan darah
Tekanan darah tinggi atau hipertensi berisiko meningkatkan serangan stroke dan menyumbang kepada penyakit kardiovaskular (penyakit berkaitan jantung) dan penyakit serebrovaskular (penyakit berkaitan pembuluh darah).
Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi hipertensi ialah dengan melakukan pemeriksaan secara rutin, diet rendah garam, mengurangkan berat badan, bersenam dan mengendalikan stress dengan baik.
2. Mengawal penyakit jantung
Gaya hidup tidak sihat merupakan faktor kepada penyakit jantung, selain daripada faktor keturunan. Penyakit jantung biasanya berkait rapat dengan keadaan lain seperti tekana darah tinggi, obesiti, diabetis atau kolesterol tinggi.
Pendekatan terbaik untuk mengawal penyakit jantung ialah dengan melakukan pemeriksaan rutin untuk mengesan kemungkinan adanya masalah jantung sebelum terlambat.
3. Menurunkan kadar kolesterol
Kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit jantung dan penyakit serebrovaskular. Mengambil makanan berlemak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol.
Antara cara yang dapat dilakukan untuk menurunkan kadar kolesterol adalah dengan diet rendah lemak, bersukan, pengambilan suplemen atau pun ubat-ubatan dengan nasihat doktor.
4. Mengawal diabetes
Diabetes diperoleh secara keturunan atau dengan sendirinya. Penghidap diabetes tahap 1 perlu pengawasan ketat kadar gula dalam darah manakala penghidap diabetes tahap 2 perlu diet seimbang, penurunan berat badan dan pengawasan gula dala darah.
Sama seperti koleterol tinggi, diabetes juga menyumbang kepada penyakit kardiovaskular, serebrovaskular dan seterusnya membawa kepada stroke.
5. Mengurus obesiti
Obesiti jugak menjadi faktor serangan stroke serta menyumbang kepada hipertesni dan tinggi kolesterol. Pengurusan obesiti adalah dengan mengawal diet, bersukan, pengambilan suplemen atau ubat menurunkan berat badan serta pembedahan bagi kes obesiti yang lebih kompleks. Faktor berlakunya obesiti ialah faktor keturunan dan diet yang tidak seimbang.
6. Berhenti merokok
Terdapat pelbagai cara untuk berhenti merokok termasuklah sesi kaunseling, kumpulan sokongan, patch nikotin, program berhenti merokok, pengambilan suplemen (klik di sini) dan yang paling penting adalah keazaman dan semangat perokok itu sendiri.
Merokok menyumbang kepada penyakit jantung, penyakit serebrovaskular dan hipertensi. Menurut kajian, kesan bahaya merokok hanya dapat dipulihkan dari masa ke masasetelah seseorang itu berhenti daripada merokok.
7. Mengurus tekanan atau stress
Mengurangkan stress dan rasa cemas harus melibatkan pendekatan komprehensif agar berhasil dengan baik. Stress tidak dapat diurus secara objektif dan perlukan pendekatan jangka panjang serta diurus secara optimum.
Pengurusan stress perlu agar tidak menyumbang kepada risiko hipertensi, penyakit jantung, diabetes dan penyakit serebrovaskular seterusnya membawa kepada stroke.
Pencegahan kepada stroke adalah penting bagi mengelakkan berlaku nya stroke kerana stroke boleh berlaku secara tiba-tiba. Antara tanda awal diserang stroke ialah perubahan kepada muka, tangan, percakapan. Tindakan pantas perlu dilakukan agar tidak membawa kepada kematian.
![]() |
Tanda diserang STROKE. Sumber: google |
Sekiranya anda telah disahkan berisiko untuk diserang stroke, anda boleh cuba suplemen shaklee iaitu VIVIX SHAKLEE. Vivix memang terbukti sangat berkesan dalam merawat penyakit seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular, serebrovaskular dan diabetes, yang mana penyakit tersebut menyumbang kepada stroke. Boleh baca di sini testimoni pesakit stroke yang pulih dengan pengambilan Vivix secara konsisten. Juga gambar testimoni di bawah.
![]() |
Testimoni pesakit stroke |
Berminat untuk memiliki sebotol TONIK AJAIB dari Shaklee?
Hubungi saya untuk mendapatkan tawaran istimewa dan konsultasi ekslusif.
Nama : Nor Silawati Bt. Ngah
Shaklee Independent Distributor
ID : 961860
FB Name : Silawati Eila
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Blog : eilavitamall.blogspot.com
Call/SMS/Whatsapp: 0173820831
COD: Kuala Terengganu/Bukit Besi/Dungun
Dapatkan
sekarang dengan harga istimewa dan konsultasi percuma untuk setiap
pembelian. Berusaha dengan Shaklee. Ketentuan daripada Allah jua.
InsyaAllah
Strok salah satu pembunuh senyap..nice sharing
ReplyDelete