![]() |
Vitamin Kurangkan Jeragat |
Beberapa minggu lepas saya ada tengok kawan saya pos gambar di atas dekat wall FB dia. So,malam ni saya ingin kongsi dengan anda semua tentang petua mengurangkan jeragat. Tapi, sebelum itu, apa kata kita tengok dulu, apa itu jeragat dan sebab-sebab terjadinya jeragat.
APA ITU JERAGAT?
Jeragat atau Melasma ialah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Jeragat selalunya terdapat di bahagian muka terutamanya bahagian pipi tetapi ada juga mereka yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi. Jeragat boleh terjadi kepada siapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita dan biasanya terjadi kepada mereka yang berumur 25 hingga 50 tahun. Biasanya, kulit akan kelihatan kusam tetapi ada jugak kulit yang berminyak tapi berjeragat.
SEBAB-SEBAB TERJADINYA JERAGAT
1. Terdedah kepada cahaya matahari terik (secara langsung atau tidak)
2. Perubahan hormon
3. Pengambilan ubat-ubatan pil hormon
4. Penggunaan bahan kosmetik/rawatan kulit tidak sesuai
5. Keturunan
BAGAIMANA NAK MENGURANGKAN JERAGAT?
Menurut pembacaan dan sumber-sumber yang saya peroleh melalui facebook dan blog, anda boleh mengamalkan petua-petua tradisional berikut untuk menghilangkan jeragat:
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkan 5 minit dan bersihkan muka dengan air bersih.
Petua 2 : Guna putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka. Tekap sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah kembang tumbuk atau kisar dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu.
Petua 6 : Wapkan muka terlebih dahulu selama 5 minit. Caranya ialah dengan memasak air panas hingga mendidih, angkat dan suakan muka kepermukaan bekas air tersebut agar wap air tersebut mengenai wajah anda. Setelah itu ambil kapas dan sapukan sedikit minyak zaitun ginvera ke muka yang telah diwap tadi. kemudian basuh muka dan letakkan piling St Ives (dapatkan di farmasi) sapu pada muka sehingga kering dan kemudian gosok perlahan sehingga piling terkeluar. Cuci muka, kemudian letakan cream pemutih muka ikut kesesuaian di bahagian yang ada jeragat diseluruh kawasan wajah anda. Jeragat akan hilang jika lakukan setiap minggu. Lakukan pada sebelah malam sebelum tidur.
Kalau diamalkan selalu petua-petua di atas, insyaallah dapat menghilangkan jeragat-jeragat yang ada di muka dan kulit anda akan lebih licin, halus dan gebu.
Tapi, kalau anda tidak berapa rajin dan rasa susah nak dapatkan bahan-bahan tradisional seperti di atas, apa kata anda cuba dengan produk kecantikan dan vitamin-vitamin Shaklee.
Senarai produk dan vitamin Shaklee yang mungkin anda boleh cuba untuk hilangkan jeragat ialah
Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
untuk lindungi kulit dari sinar UV waktu siang hari.
Nutriwhite Spot Whitening Treatment
untuk mencerahkan tompok-tompok jeragat akibat panahan matahari, menjadikan wajah lebih cerah, bersinar dan berseri-seri.
Bcomplex
penting untuk kestabilan hormon dan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat.Bcomplex juga dapat mencegah pigmentasi, melembap kulit dan tona kulit menjadi sekata.
Vitamin C
bertindak sebagai antioksidan, dapat meransang pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C membantu anda mencerahkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.
Vitamin E
dapat membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat. Selain itu, ia juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV, menghapuskan radikal bebas dan menghasilkan kulit yang lebih anjal dan awet muda.
ESP
merupakan protein yang sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan kejadian jeragat. Kandungan protein yang cukup dalam badan, dapat menghasilkan sel-sel baru sebelum kesan jeragat baru terjadi. Selain itu, ia juga membaiki pigmentasi dan mampu membekalkan tenaga.
Pengambilan vitamin-vitamin tersebut mampu mengurangkan masalah jeragat pada wajah anda. Selain itu, kita perlu sentiasa memastikan kandungan air dalam badan adalah mencukupi. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat atau jeragat mudah terhasil. Kekurangan air juga boleh menyebabkan kulit yang kering, kusam dan seterusnya menjadi bermasalah. Pastikan anda meminum 2-3Liter air setiap hari.
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:
FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub
Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..
No comments:
Post a Comment