Anak Anda Tidak Mahu Makan Nasi???

Bismillahirrahmanirrahim....

Untuk entry malam ni, saya nk cerita pasal anak-anak tidak mahu makan nasi? Ada tak siapa-siapa pembaca yang mengalami masalah seperti ini?Hal ini berlaku terhadap rakan saya sendiri. Dia selalu mengadu tentang anaknya yang tidak mahu makan nasi. Setiap hari, anaknya hanya menjamah beberapa keping biskut atau roti sahaja, tanpa sebarang hidangan makanan lain yang berkhasiat. Ibu mana yang tidak susah hati apabila keaadan ini berlaku.

Ramai ibu turut mengadu kehabisan idea apabila anak kesayangan enggan menjamah hidangan nasi. Ia bukan berlaku sekali dua tetapi tabiat enggan makan nasi menjadi rutin hariannya. Ibu risau si anak tidak mendapat nutrisi cukup untuk tumbesaran yang sihat.

Menurut pakar pemakanan, jika kanak-kanak yang tergolong dalam kategori tidak suka makan nasi, sememangnya terdedah kepada risiko mengalami malnutrisi yang serius apatah lagi sekiranya berat badannya tidak mengikut berat normal pada usianya. Sememangnya, kanak-kanak kategori ini kurus dan seolah-olah tidak bermaya, walaupun sentiasa aktif.

Keperluan nutrisi bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar dengan hanya memakan beberapa keping biskut, adalah tidak mencukupi. Keperluan nutrisi bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas adalah sekurang-kurangnya 1360 kilo kalori sehari dan 23 gram protein bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan anak yang sihat.

Ibu bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan berkhasiat kepada anak. Kanak-kanak biasanya suka kepada makanan yang berwarna-warni. Sesetengahnya menggemari makanan atau minuman yang berlemak atau manis seperti buah-buahan, puding, ais krim, kek dan sebagainya.

Oleh itu, ibu bapa boleh memodifikasikan makanan tersebut supaya menjadi lebih sihat, misalnya susu formula dicampurkan dengan buah-buahan dan dijadikan puding bahkan anda juga boleh membekukan susu formula menjadi kiub ais krim dan diberikan kepada si manja. Sekiranya anak anda lebih gemar makan biskut, anda boleh cuba membuat buat kek batik yang berasaskan biskut, serbuk koko dan dicampurkan dengan susu formula yang telah larut.

Sekiranya usaha yang anda lakukan dengan mempelbagaikan menu itu tidak membantu, anda boleh memberi vitamin tambahan kepada anak anda. Namun, perlukah suplemen atau vitamin tambahan untuk anak anda? Untuk mengetahui jawapannya, anda boleh baca di sini

Berbalik kepada kisah rakan saya tadi, beliau telah berusaha memberi anaknya Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee yang terdiri daripada Mealshake, Omega Guard dan Chewable Vitamin C...Alhamdulillah, usaha beliau telah membuahkan hasil. Anaknya kini sudah mula menjamah nasi, walaupun dalam kuantiti yg sedikit. Ibu mana yang tidak gembira dengan perubahan tersebut.

Namun, jika usaha anda masih tidak berjaya, rujuklah kes anak kepada pakar kanak-kanak bagi mengenal pasti punca masalah. Konsultasi secara individu dengan pakar pemakanan juga boleh membantu mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya.

Sumber Rujukan: Majalah Pa&Ma 

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..