Adakah makanan anak anda berkhasiat?

Ramai ibu bapa yang sering tertanya-tanya. Perlukah suplemen untuk anak-anak mereka yang sedang membesar? Cukupkah vitamin dan nutrisi yang diambil melalui pemakanan seharian anak-anak? Benarkah anak-anak perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka mengambil makanan berkhasiat semula jadi sahaja?

Menurut Dr. Zubaidi di dalam blognya, dr.zubaidi.com, secara keseluruhan kanak-kanak dan bayi yang diberikan diet makanan yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral yang cukup, tidak memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Namun demikian, anak-anak yang sedang membesar lebih suka memilih makanan yang hanya sedap dimakan, namun tidak mengandungi sebarang khasiat yang diperlukan oleh badan. Sesetengah kanak-kanak juga terlalu cerewet dan hanya makan makanan tertentu sahaja.

Sebaiknya kanak-kanak sedang membesar patut diberi makan lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan berlemak terutama lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan juga perlu dikurangkan.

Jika anda ada terfikir untuk memberikan anak-anak makanan tambahan, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian.
  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan tanpa anda sedari.
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai dan selamat untuk mereka.
  1. Makanan tambahan seperti vitamin hanya diberikan bila anak-anak perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak anda kelak.
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang diberi kepada mereka mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka.

Antara Vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak adalah seperti berikut:

Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.
Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.
Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.
Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.
Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.
(sumber majalah Pa&Ma)
 
Shaklee boleh membantu anda memberikan vitamin dan mineral yang cukup untuk anak anda dengan set kesihatan kanak-kanak shaklee. 

Set Kesihatan Kanak-kanak
Bagaimana set kesihatan kanak-kanak ini dapat membantu anak-anak anda mendapatkan vitamin dan mineral yang cukup dan seimbang?

1. Mealshake:

  • Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
  • Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak
Meal shake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

2. Omega Guard:

  • Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus 
  • Mengurangkan radang sendi
Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard (3 kapsul) dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA. 

3. Chewable Vitamin C 100mg

  • Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Rasa sitrus yang hebat
Badan kita mampu untuk melakukan banyak perkara tetapi tidak mampu menghasilkan dan menyimpan Vitamin C. Vitamin C Chewable Shaklee diperkayakan dengan Bioflavonoids dan Rose Hips untuk membantu meningkatkan lagi fungsi Vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan Vitamin C dalam badan. Memandangkan Vitamin C semulajadi selalunya dijumpai dalam tubuh badan dengan faktor yang berkaitan, Shaklee meniru keadaan semulajadi dengan cara menambahkan bahan Bioflavonoids dan Rose Hips yang mengandungi Vitamin C yang sangat berkait-rapat.


Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik. Oleh itu penting untuk ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka di samping memberikan makanan tanbahan untuk membantu kekurangan vitamin dan mineral di dalam tubuh mereka.  

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..