Tuesday, 30 September 2014

Petua dan Vitamin Kurangkan Jeragat



Vitamin Kurangkan Jeragat




Beberapa minggu lepas saya ada tengok kawan saya pos gambar di atas dekat wall FB dia. So,malam ni saya ingin kongsi dengan anda semua tentang petua mengurangkan jeragat. Tapi, sebelum itu, apa kata kita tengok dulu, apa itu jeragat dan sebab-sebab terjadinya jeragat.


APA ITU JERAGAT?

Jeragat atau Melasma ialah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Jeragat selalunya terdapat di bahagian muka terutamanya bahagian pipi tetapi ada juga mereka yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi. Jeragat boleh terjadi kepada siapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita dan biasanya terjadi kepada mereka yang berumur 25 hingga 50 tahun. Biasanya, kulit akan kelihatan kusam tetapi ada jugak kulit yang berminyak tapi berjeragat.

SEBAB-SEBAB TERJADINYA JERAGAT

1. Terdedah kepada cahaya matahari terik (secara langsung atau tidak)
2. Perubahan hormon
3. Pengambilan ubat-ubatan pil hormon
4. Penggunaan bahan kosmetik/rawatan kulit tidak sesuai
5. Keturunan

BAGAIMANA NAK MENGURANGKAN JERAGAT?

Menurut pembacaan dan sumber-sumber yang saya peroleh melalui facebook dan blog, anda boleh mengamalkan petua-petua tradisional berikut untuk menghilangkan jeragat:


Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkan 5 minit dan bersihkan muka dengan air bersih.

Petua 2 : Guna putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka. Tekap sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah kembang tumbuk atau kisar dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu.

Petua 6 : Wapkan muka terlebih dahulu selama 5 minit. Caranya ialah dengan memasak air panas hingga mendidih, angkat dan suakan muka kepermukaan bekas air tersebut agar wap air tersebut mengenai wajah anda. Setelah itu ambil kapas dan sapukan sedikit minyak zaitun ginvera ke muka yang telah diwap tadi. kemudian basuh muka dan letakkan piling St Ives (dapatkan di farmasi) sapu pada muka sehingga kering dan kemudian gosok perlahan sehingga piling terkeluar. Cuci muka, kemudian letakan cream pemutih muka ikut kesesuaian di bahagian yang ada jeragat diseluruh kawasan wajah anda. Jeragat akan hilang jika lakukan setiap minggu. Lakukan pada sebelah malam sebelum tidur.

Kalau diamalkan selalu petua-petua di atas, insyaallah dapat menghilangkan jeragat-jeragat yang ada di muka dan kulit anda akan lebih licin, halus dan gebu.

Tapi, kalau anda tidak berapa rajin dan rasa susah nak dapatkan bahan-bahan tradisional seperti di atas, apa kata anda cuba dengan produk kecantikan dan vitamin-vitamin Shaklee.

Senarai produk dan vitamin Shaklee yang mungkin anda boleh cuba untuk hilangkan jeragat ialah

Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 
untuk lindungi kulit dari sinar UV waktu siang hari.

Nutriwhite Spot Whitening Treatment 
untuk mencerahkan tompok-tompok jeragat akibat panahan matahari, menjadikan wajah lebih cerah, bersinar dan berseri-seri.

Bcomplex  
penting untuk kestabilan hormon dan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat.Bcomplex juga dapat mencegah pigmentasi, melembap kulit  dan tona kulit menjadi sekata.

Vitamin C 
bertindak sebagai antioksidan, dapat meransang pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C membantu anda mencerahkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.

Vitamin E 
dapat membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat. Selain itu, ia juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV, menghapuskan radikal bebas dan menghasilkan kulit yang lebih anjal dan awet muda.

ESP 
merupakan protein yang sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan kejadian jeragat. Kandungan protein yang cukup dalam badan, dapat menghasilkan sel-sel baru sebelum kesan jeragat baru terjadi. Selain itu, ia juga membaiki pigmentasi dan mampu membekalkan tenaga. 

Pengambilan vitamin-vitamin tersebut mampu mengurangkan masalah jeragat pada wajah anda. Selain itu, kita perlu sentiasa memastikan kandungan air dalam badan adalah mencukupi. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat atau jeragat mudah terhasil. Kekurangan air juga boleh menyebabkan kulit yang kering, kusam dan seterusnya menjadi bermasalah. Pastikan anda meminum 2-3Liter air setiap hari.

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..

Saturday, 27 September 2014

Anak Tidak Mahu Makan Nasi: Apa Penyelesaiannya?


Anak Anda Tidak Mahu Makan Nasi???

Bismillahirrahmanirrahim....

Untuk entry malam ni, saya nk cerita pasal anak-anak tidak mahu makan nasi? Ada tak siapa-siapa pembaca yang mengalami masalah seperti ini?Hal ini berlaku terhadap rakan saya sendiri. Dia selalu mengadu tentang anaknya yang tidak mahu makan nasi. Setiap hari, anaknya hanya menjamah beberapa keping biskut atau roti sahaja, tanpa sebarang hidangan makanan lain yang berkhasiat. Ibu mana yang tidak susah hati apabila keaadan ini berlaku.

Ramai ibu turut mengadu kehabisan idea apabila anak kesayangan enggan menjamah hidangan nasi. Ia bukan berlaku sekali dua tetapi tabiat enggan makan nasi menjadi rutin hariannya. Ibu risau si anak tidak mendapat nutrisi cukup untuk tumbesaran yang sihat.

Menurut pakar pemakanan, jika kanak-kanak yang tergolong dalam kategori tidak suka makan nasi, sememangnya terdedah kepada risiko mengalami malnutrisi yang serius apatah lagi sekiranya berat badannya tidak mengikut berat normal pada usianya. Sememangnya, kanak-kanak kategori ini kurus dan seolah-olah tidak bermaya, walaupun sentiasa aktif.

Keperluan nutrisi bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar dengan hanya memakan beberapa keping biskut, adalah tidak mencukupi. Keperluan nutrisi bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas adalah sekurang-kurangnya 1360 kilo kalori sehari dan 23 gram protein bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan anak yang sihat.

Ibu bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan berkhasiat kepada anak. Kanak-kanak biasanya suka kepada makanan yang berwarna-warni. Sesetengahnya menggemari makanan atau minuman yang berlemak atau manis seperti buah-buahan, puding, ais krim, kek dan sebagainya.

Oleh itu, ibu bapa boleh memodifikasikan makanan tersebut supaya menjadi lebih sihat, misalnya susu formula dicampurkan dengan buah-buahan dan dijadikan puding bahkan anda juga boleh membekukan susu formula menjadi kiub ais krim dan diberikan kepada si manja. Sekiranya anak anda lebih gemar makan biskut, anda boleh cuba membuat buat kek batik yang berasaskan biskut, serbuk koko dan dicampurkan dengan susu formula yang telah larut.

Sekiranya usaha yang anda lakukan dengan mempelbagaikan menu itu tidak membantu, anda boleh memberi vitamin tambahan kepada anak anda. Namun, perlukah suplemen atau vitamin tambahan untuk anak anda? Untuk mengetahui jawapannya, anda boleh baca di sini

Berbalik kepada kisah rakan saya tadi, beliau telah berusaha memberi anaknya Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee yang terdiri daripada Mealshake, Omega Guard dan Chewable Vitamin C...Alhamdulillah, usaha beliau telah membuahkan hasil. Anaknya kini sudah mula menjamah nasi, walaupun dalam kuantiti yg sedikit. Ibu mana yang tidak gembira dengan perubahan tersebut.

Namun, jika usaha anda masih tidak berjaya, rujuklah kes anak kepada pakar kanak-kanak bagi mengenal pasti punca masalah. Konsultasi secara individu dengan pakar pemakanan juga boleh membantu mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya.

Sumber Rujukan: Majalah Pa&Ma 

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..

Thursday, 25 September 2014

Peppermint-Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus
  • Memberi kesan lega pada perut
  • Menolong dalam proses penghadaman
  • Melegakan sakit perut

Perbezaan Shaklee
 
Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Manfaat Peppermint Ginger Plus 

1) Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

2) Halia
  • Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun.
  • Halia meransang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.
  • Penyelidik di Switzerland mendapati bahawa halia adalah berkesan sebagai penawar lain seperti mabuk laut.
  • Laporan penyelidikan awal merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika perjalana/pengembaraan.

3) Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

4) Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. 
  • Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut
Siapa yang Memerlukan Peppermint Ginger Plus
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.
Harga
RM45.00
 
Kandungan
90 biji
 
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..
 

Wednesday, 24 September 2014

Garlic Complex Shaklee

Garlic Complex Shaklee





  • Meningkatkan sistem imun
  • Anti-bakteria dan anti-viral
  • Menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol
Perbezaan Shaklee: 
Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas. Garlic Shaklee dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi dua ekstrak herba (rosemary dan spearmint). Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Manfaat Utama : 
  • Mengandungi spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang alergi - mempertingkatkan ketahanan terhadap penyakit berkait dengan sistem imun seperti sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu membantu dalam masalah berkaitan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet setiap hari akan menurunkan tekanan darah tinggi sehingga 8 point.
  • Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksid yang akan menaikkan tekanan darah. Ia juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati berpunca dari bahan kimia.
  • Menurunkan kolestrol - menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung, menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser iaitu nitrosamine.
  • Menstabilkan glukos - menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.

Harga
RM47.50
Kandungan
60 tablet

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila 
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall 
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub


Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..

Tuesday, 23 September 2014

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee

Multi-purpose Cream

Herbal Blend Multi-purpose Cream adalah krim kulit yang dingin dan bermenthol, kaya dengan emolien dan diformulasi  khas untuk kulit yang kasar, kering dan merekah. Krim yang tidak berminyak ini akan meresap semasa anda menyapunya, meninggalkan kulit yang licin dan menyegarkan, serta melembutkan kulit yang kasar. Sesuai digunakan pada tumit, siku dan kaki.

Herbal Blend Multi-purpose Cream diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti daun sage, horse chestnut, bunga yarrow, dan rosemary. 100%, bebas steroid, tanpa paraben dan sangat sesuai untuk kulit sensitif. 

Kegunaan Herbal Blend ini ialah : 
  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah 
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal  seperti eczema
  • Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox 
  • Menghilangkan ruam pada bayi 
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam 
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian 
  • Mengurangkan kulit kering 

Keistimewaan Herbal Blend:

  • Terasa dingin pada kulit
  • Diekstrak dari herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah diserap
  • Aroma yang amat menenangkan
  • Mudah digunakan dan mudah di bawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Halal
  • Tanpa Steroid

Harga
RM27.50


Kandungan
113 g


Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..

Monday, 22 September 2014

Perlukah Suplemen Untuk Anak Anda?

Adakah makanan anak anda berkhasiat?

Ramai ibu bapa yang sering tertanya-tanya. Perlukah suplemen untuk anak-anak mereka yang sedang membesar? Cukupkah vitamin dan nutrisi yang diambil melalui pemakanan seharian anak-anak? Benarkah anak-anak perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka mengambil makanan berkhasiat semula jadi sahaja?

Menurut Dr. Zubaidi di dalam blognya, dr.zubaidi.com, secara keseluruhan kanak-kanak dan bayi yang diberikan diet makanan yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral yang cukup, tidak memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Namun demikian, anak-anak yang sedang membesar lebih suka memilih makanan yang hanya sedap dimakan, namun tidak mengandungi sebarang khasiat yang diperlukan oleh badan. Sesetengah kanak-kanak juga terlalu cerewet dan hanya makan makanan tertentu sahaja.

Sebaiknya kanak-kanak sedang membesar patut diberi makan lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan berlemak terutama lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan juga perlu dikurangkan.

Jika anda ada terfikir untuk memberikan anak-anak makanan tambahan, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian.
  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan tanpa anda sedari.
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai dan selamat untuk mereka.
  1. Makanan tambahan seperti vitamin hanya diberikan bila anak-anak perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak anda kelak.
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang diberi kepada mereka mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka.

Antara Vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak adalah seperti berikut:

Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.
Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.
Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.
Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.
Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.
(sumber majalah Pa&Ma)
 
Shaklee boleh membantu anda memberikan vitamin dan mineral yang cukup untuk anak anda dengan set kesihatan kanak-kanak shaklee. 

Set Kesihatan Kanak-kanak
Bagaimana set kesihatan kanak-kanak ini dapat membantu anak-anak anda mendapatkan vitamin dan mineral yang cukup dan seimbang?

1. Mealshake:

  • Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
  • Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak
Meal shake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

2. Omega Guard:

  • Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus 
  • Mengurangkan radang sendi
Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard (3 kapsul) dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA. 

3. Chewable Vitamin C 100mg

  • Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Rasa sitrus yang hebat
Badan kita mampu untuk melakukan banyak perkara tetapi tidak mampu menghasilkan dan menyimpan Vitamin C. Vitamin C Chewable Shaklee diperkayakan dengan Bioflavonoids dan Rose Hips untuk membantu meningkatkan lagi fungsi Vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan Vitamin C dalam badan. Memandangkan Vitamin C semulajadi selalunya dijumpai dalam tubuh badan dengan faktor yang berkaitan, Shaklee meniru keadaan semulajadi dengan cara menambahkan bahan Bioflavonoids dan Rose Hips yang mengandungi Vitamin C yang sangat berkait-rapat.


Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik. Oleh itu penting untuk ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka di samping memberikan makanan tanbahan untuk membantu kekurangan vitamin dan mineral di dalam tubuh mereka.  

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..

Saturday, 20 September 2014

ESP Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee
  • Membekalkan tenaga
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
Perbezaan Shaklee: 

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” ( non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini  merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Tahukah Anda? 

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggal manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
Manfaat Utama:

  • Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik Untuk Prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja – Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Kepentingan Protein 

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein . Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu asid amino? 
Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut. 
Shaklee menggunakan peroses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya. 
Rekomendasi :

2 – 3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) (boleh campur dengan Meal Shakes dan Performance Drink Shaklee. 
Harga
RM150.00 
Kandungan
850g 


Jika anda ada berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:

FB Name : Silawati Eila
SID No: 961860
FB Fan Page : Eila Vita Mall
E-mail : tulipkasih85@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0173820831
COD: Benta/Lipis/Raub

Dapatkan sekarang dengan harga istimewa dan free consultation untuk setiap pembelian..